ESOK PUASA...

Kongsi rasa oleh semekasrian On 11:08 PTG 1 comments

SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAH BUAT SEMUA. SEMOGA PUASA TAHUN INI ADALAH PUASA YANG TERBAIK BERBANDING TAHUN-TAHUN YANG LALU. SAMA-SAMALAH KITA USAHAKAN.

ESOK PUASA!

Bulan Ramadhan adalah bulan paling istimewa antara 12 bulan dalam kalendar Islam. Keistimewaan bulan ini bukanlah kerana hikayat sejarah tertentu, tetapi kerana Ramadhan adalah pakej lengkap untuk membangunkan seluruh potensi manusia; fizikal, spiritual, intelek dan emosi dan modul teras di dalam Ramadhan adalah PUASA. Para ilmuan Islam meletakkan berpuluh-puluh nama dan gelaran untuk bulan yang mulia ini untuk menunjukkan betapa saratnya Bulan ini dengan keistimewaan daripada Allah SWT.

Salah satu sunnah yang sewajarnya kita hidupkan sebelum melangkah ke gerbang Ramadhan adalah dengan menyebarkan ucapan tahniah dan menzahirkan kegembiraan atas kunjungan bulan yang agung dan barakah ini. Ramadhan adalah tanda kasih sayang Allah kepada umat Muhammad yang tidak pernah dianugerahkan kepada mana-mana umat yang terdahulu. Antara ucapan yang biasanya diucapkan oleh para Salaf adalah ucapan “Ramadhan Kareem” yang bermaksud “Selamat menyambut Ramadhan yang mulia”.

Antara kelebihan yang terdapat pada bulan ini yang sewajarnya kita hayati dan meraihnya adalah seperti berikut:

1. Difardhukan Puasa dan ibadah-ibadah khusus yang lain;

Puasa adalah ibadah teras dalam bulan Ramadhan. Puasa bukan sekadar ujian fizikal semata-mata daripada menahan lapar dan dahaga, tetapi puasa juga adalah ibadah yang memantapkan spiritual dan kerohanian seorang hamba kepada Penciptanya. Bahkan puasa mengandungi pelbagai khasiat dari sudut perubatan yang telah diperakui oleh pakar-pakar sains kesihatan. Bahkan Allah merahsiakan betapa besarnya ganjaran orang yang berpuasa sebagaimana yang tersebut di dalam hadith:

Setiap amalan anak Adam (manusia), diberikan ganjaran antara 10 hingga 700 kali ganda kecuali puasa. Sesungguhnya puasa adalah untukKU dan Akulah yang akan mengganjarinya” (riwayat Muslim).

Selain puasa, kita juga dianugerahi dengan amalan dan ibadah yang hanya dikhususkan dalam Ramadhan iaitu SOLAT SUNAT TARAWIH dan ZAKAT FITRAH.

2. Dibukakan pintu rahmat dan tertutup pintu-pintu kehinaan;

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila datangnya Ramadhan, dibukakan pintu-pintu Syurga, ditutup pintu-pintu Neraka dan dibelenggu Syaitan-syaitan” (riwayat Bukhari dan Muslim)

Daripada hadith ini bahkan daripada berpuluh hadith-hadith yang lain jelas menunjukkan betapa Ramadhan adalah bulan yang kondusif untuk melipatgandakan ibadah kepada Allah. Memang sekiranya diamati, kita dapat merasakan kelainan dalam melakukan ibadah dalam bulan yang istismewa ini.

3. Diturunkan Al Quran sebagai manual hidup manusia;

Wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW adalah pada 17 Ramadhan. Firman Allah: “Pada bulan Ramadhan diturunkan Al Quran sebagai petunjuk, dan keterangan daripada petunjuk serta pemisah (antara benar dan salah)” (Surah al Baqarah: 2: 185).

Al Quran adalah rujukan kepada hamba Allah yang beriman. Kandungan Al Quran sentiasa mendahului zamannya dan meliputi segenap aspek kehidupan manusia. Malah, sebagaimana yang telah terbukti dalam banyak hal, kandungan Al Quran lebih saintifik dan rasional daripada teori-teori ciptaan manusia. Al Quran mengandungi hukum-hakam, sejarah umat terdahulu dan nilai-nilai hidup sebagai pedoman kepada manusia. Orang yang membaca dan memahami Al Quran sentiasa mendapat ketenangan dan inspirasi yang tidak putus-putus dalam hidupnya.

4. Laylatul Qadar (Malam Keutamaan/Kemuliaan) yang lebih baik dari seribu bulan

Firman Allah: “Laylatul Qadr adalah lebih baik daripada seribu bulan” (Surah al Qadr: 97: 3). Laylatul Qadr adalah salah satu malam dalam bulan Ramadhan. Tiada siapa yang mengetahui malam manakah berlakunya laylatul Qadr. Walaubagaimanapun Rasulullah SAW memberikan penekanan untuk memburu laylalatul Qadr pada sepuluh malam yang terakhir Ramadhan khususnya pada malam-malam angka ganjil. Hikmahnya, supaya manusia berlumba-lumba dan berusaha untuk mengerjakan ibadah untuk mendapat ganjaran seolah-olah beribadah selama seribu bulan ataupun 83 tahun lebih.

Akhirnya, marilah sama-sama kita merenung sebuah hadith Rasulullah SAW:

Barang siapa yang dikurniakan Ramadhan sedangkan dosanya tetap tidak diampunkan, Sesungguhnya ia semakin jauh daripada rahmat Allah” (riwayat Ibn Hibban- Sahih)

Selamat Berpuasa dan Beribadah. Ramadhan Kareem J

Category : | Read More...... edit post

Apa Mahu Kita ?

Kongsi rasa oleh semekasrian On 7:59 PTG 1 comments

Aku cuba mgambil sdikit msa mcoret perkara yg tlintas di fikiran, rentetan dari apa yg berlaku di persekitaran.


Bila difikirkan usia yg smakin mningkat,pebagai pekara 'org dewasa' bmain difikiran aku, dari hal kerja, hal kehidupan bsosial, matlamat hidup dan pelbagai lagi. Sesekali t'lintas psoalan ~ "apa yg aku mahu dlm hidup ini?"

Soalan subjektif maka pelbagai jawapan subjektif diberi. Paling tidak, aku mjawab dri perspektif diri sendiri.

Secara kasar, jwpan2 sperti 'nk hidup senang', 'nk hidup bahagia dgn keluarga', 'nk perbaiki ekonomi hidup' adalah antara yg spontan dijawab kebanyakan kita. Maka timbul pula soalan, "bagaimana utk mdapat semua itu?"...jawapan nya mudah "kena lah b'usaha keras" (jawab mudah lah tapi nk buat berapa kerat je yg mampu)

Ada org nasibnya tidak semudah org lain. Pelbagai cabaran dan dugaan diusia muda nya terpaksa dilalui sblm
dia mgecapi 'hasil' dri apa yg diusahakannya itu. Ada org, mendapat ptolongan Yg Berkuasa dan dimudahkan laluannya utk hidup senang dan ada juga org yg mgambil jalan mudah dgn mlakukan perkara2 yg tidak dihalalkan oleh syarak bgi mcapai kejayaannya itu! Ada yg berkata "ini dh darurat, kalo x rasuah aku xdpt la projek tu.." Ahhh mudahnya mjawab, dimana maruah dan akidah kita? (dan kluar pula suara - alaa ajen ko tu belum di uji smpai situ. Kena kat ko nnti baru ko tau susahnya nk elak rasuah ni)..

Bagi aku mudah. Dari awal alam pkerjaan aku mula menanam rsa benci perkara2 tsebut. Pernah juga tlanjur dan pernah jga 'tsalah lgkah' namun bila diajar dan difahamkan akan selok belok urusan perniagaan dan alam kerja, maka aku cuba utk lebih bhati2 dan berusaha sedaya mgkin menolak segala kerja yg tidak berkat itu. Org kata susah nk tolak, aku kata "Ah tolak ja lah. Lebih baik mati x makan dari dpt projek yg 'dilapik' rasuah!" Bnyi mcm keras, ada org kata 'iyye lah ko ni konon2 baik ar tu', lantas aku mjawab ' memang aku baik! Rasuah perosak keluarga dan msyrakat!".... Nah, apa lgi kata mereka..Ala, biarlah mereka nk kata apa, mulut org smpai bila akan bsuara. Jgn kata org bniaga, yg guru Besar pun nk habuannya. Yg pegawai biasa pun nk juga, nk pengurus pn nk juga, yg btambah jijik, kerani pun nak juuuuuuga! Rosak kita kerna rasuah bleluasa..

Kita hidup di dunia adalah kerana Dia. Bila susah baru nk cari Dia? Ah baik x payah. Sombongnya kita kerna lupa padaNya dan memohon kala ditimpa bncana. Hati cuba mcari yg redhaNya, namun ia tidak semudah yg dijangka..Rakan2 tak semuanya yg berada dilandasan sebenar. Abis, x kan aku juga nk mgikut mereka dgn 'cara' meraka? Ah tidaaak..aku bkn yg jenis suka2 mgikut org. Aku cuba belajar, aku cuba faham dan aku sendiri cuba mcari sinarNya..

Usia makin mningkat. Nak bejaya, nk hidup bahagia, memang kena ada berkatNYA. Ada org kata 'x semayang pun x pa, yg penting kita ingat Allah slalu dan percaya pada ajaran Islam'..aku kata "ah suka ko ja cakap camtu. Itu kira ko x percaya lah! Cakap Islam tpi hidup ikut cara Yahudi Nasoro.." Org melihat kulit aku yg penuh bekas2 luka, dan bagi aku sendiri melihat perlunya 'ubat' bgi memadam segala luka2 yg pernah aku cipta!

Bicara soal hati dan kemahuan, ke mana kita 5 tahun akan datang? Renung2kan. ....Aku yakin ajal akn tiba bila2 masa saja, dan aku jga yakin, pintu taubat sntiasa tbuka. Bagi aku yg daif ilmu agama, cukup skadar myokong pjuangan Islam, mhalalkan gerakan2 kearah syariat Islam, menidak selemah2 dgn hati akan kmungkaran, dan terus menanam dlm hati utk terus mcari sinar dan redha Nya.

Wallahu a'lam..

-ajen-

Category : edit post

Insaflah sebelum terlewat

Kongsi rasa oleh semekasrian On 1:26 PTG 1 comments

Pergi Tak Kembali

Album :
Munsyid : Rabbani
http://liriknasyid.com


 

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi


 


 

Hari ini seorang artis yang berdakwah melalui hiburan Ustaz Asri Rabbani "pergi tak kembali"….alfatihah buat arwah

Bagi kita yang masih hidup marilah kita bermuhasabah diri kita dengan cerminan Al-Quran dan Assunnah agar kita bersedia…..

Ya Allah…biarlah penamat bagi kami penamat yang engkau redhai…………….

Category : edit post

Salam Ukhuwah

Kongsi rasa oleh semekasrian On 9:29 PTG 2 comments

Salam buat sahabat semua..kadang2 difikirkan masih adakah yang mengingati..masih adakah yang mengenali..namun demi sebuah ukhuwah yang pernah terjalin dulu, semua ini perlu dimeterai.. memang tidak banyak yang menarik sementelah pula, hubungan aku dengan ex-semekasrian terputus selepas spm 1998..al maklumlah diriku bukan ditempatkan bersama2 sahabat yang berjuang di bumi UIA yang sememangnya menjadi idaman.. sejak itu, kuakui aku sendiri yang menjauhkan diri.. (eh touching x)... anyway thanx a lot buat kawan-kawan yang sedia arif dengan dunia IT ni n macam2 dah kalian buat..especially to Nurin (sahabat yang paling dekat ngn umah mak aku) n fazlina yang menjemput aku meneruskan talian persahabatan ini..

Kini aku akan terus berjuang dalam dunia pendidikan yang telah lama kuidam-idamkan..dan hidupku terus diwarnai dengan anak-anak khas dan istimewa... InsyaAllah aku sendiri dalam proses membina blog dan andai ada yang sudi mewarnainya silakanlah ke mutiarakhas@blogspot.com

Category : edit post

Nostalgia

Kongsi rasa oleh semekasrian On 6:06 PTG 1 comments

Terkenang sebuah memori lalu
Kisah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman
Mengingatkanku pengorbananmu
Terpahat padu di kalbuku

Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwah sejati

Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkanku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan

Ya Tuhanku tabahkan hatinya
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat

Album : Amal Kerana Allah
Munsyid : Shoutul Amal

Manisnya sebuah kenangan, indahnya sebuah persahabatan..

Category : | Read More...... edit post

1 ogos 2009

Kongsi rasa oleh semekasrian On 6:09 PTG 1 comments


Atas nama perjuangan...perjalanan dari Pulau Pinang untuk bersama meluah rasa kecewa dengan satu undang-undang yang zalim..Ramai kata perhimpunan ini adalah perhimpunan haram...sudah pasti haram sebab yang halal adalah perhimpunan konsert-konsert memuja artis....sudah pasti haram kerana tiada cop halal.

Ada kata menyusahkan awam...ye memang menyusahkan awam...sebab yang menyusahkan adalah layanan yang polis berikan...andai seperti PPSMI dahulu sudah pasti tidak begini....kami datang bukan untuk bertempur tapi untuk menyatakan rasa sahaja...tapi Polis datang umpama ingin bertempur dengan sekumpulan pengganas.

Aku dan Ajen di Masjid Negara sebelum kami berpisah di SOGO kerana diberi layanan istimewa oleh Polis Raja di Malaysia....terima kasih polis...terima kasih FRU kerana melayan kami yang tidak bersenjata dengan air dan gas. Moga kalian berani juga untuk membenteras merompak dan penjenayah di Malaysia ini.

Category : | Read More...... edit post

Small gath @ Batu caves

Kongsi rasa oleh semekasrian On 8:33 PTG 2 comments




Tarikh 1 Ogos 2009 menjadi saksi small gath kali ini bertempat di Restoran Selera Idaman (Milik Bekas penyayi Sheqal yg dah menjadi kroni kepada Ajen)

gath kali ni asalnya di rancang di Kg. Baru,tetapi memandangkan keadaan 'tidak menentu" di KL pada 1 Ogos lalu (padahal xde ape pun..demo siang aje malam roadblock semua dah xde...), gath ni di "terpaksa" di alihkan ke batu caves ~berdekatan dgn rumah Ajen...huhu

Gath malam ni takde sebarang agenda rasmi cuma sembang-sembang biasa, berjumpa Redzuan Moin yang menyepi diri selama ini sambil memperkenalkan isteri, mendengar cerita Shimi yang baru balik dari Sabah, soalan2 kesihatan untuk Dr hashimi menjawab daripada "kawan-kawan" (padahal tanya utk diri sendiri..cuma kata 'kawan aku tanya..'), mendengar cerita Ajen yang melalut (huhuhu)..

Berikut adalah senarai penuh kehadiran (untuk di rekod oleh cikgu disiplin)

Ajen+Wife+hadif
Redzuan+ Wani
Dr.Hashimi+Dr. Firdaus+Iman
Salmi+Mimi
Amalia (kira dtg jugak la wpun terpaksa balik awal coz keluar rumah tak mintak izin abangnye....)
Khairul Zaki lone ranger (walaupun org terakhir dtg kul 10.10mlm .. komitmen anda amt2 di hargai)

*Mahfuz - tak dapat hadir last minit coz terpaksa balik awal ke Penang
* Udin - lambat nk dtg, yg lain nk blk dh time tu (jam dah 10 lebih)

(apsal semua budak2 kelas Jabir ni...adakah ini gath tuk Kelas Jabir..huhuhu)


Ada jugak di cadangkan tuk adakan "IFTAR" sempena Ramadhan Al-mubarak nanti...(ada cadangan boleh kemukakan)

walaupun kehadiran kecil, alhamdulilah menjadi kesinambungan kepada Aktiviti Pasca TBR09 hendaknye

Wassalam..

Category : | Read More...... edit post