Fikir dan mati!

Kongsi rasa oleh semekasrian On 11:40 PTG

Aaapa lagi yg kerap difikirkan bgi insan2 seusia kita, selain persekitaran bkaitan politik, ekonomi, sosial, alam sekitar dan sebagainya. Hal2 kerja, tggjawab dlm bkeluarga, dan hal2 yg bkemungkinan berlaku di masa depan itu lah antara yg sentiasa kerap benar difikirkan..Agak berat bila sesekali bermuhasabah diri dan merenung kemampuan diri, kerna kadang2 yg difikirkan itu terasa seolah satu beban yg tidak pernah terjangka dek akal semasa usia muda.Dulu, enjoy sentiasa bagai perkara2 'yg berat' seakan pasti tidak akan berlaku atas kita, namun masa menentukan sgalanya dan peredaran usia bgi yg masih terlekat nyawa bersama jasadnya merasa sgala perit jerih, suka duka mengharungi alam dewasa. Mahu atau tidak, itu sedang blaku dan kemampuan akal dan minda mjadi pedoman tiap dari kita..

Lingkungan usia 28-29 tahun ini, rata2 sedang dlm tempoh memantapkan ekonomi sndiri. Dari yg pernah 'jatuh' di awal hari, hinggalah yg semakin mantap bdiri..Kurniaan Yg Maha Esa jelas mnunjukkan sifat Pemurah dan PenyayangNya yg tiada erti jemu utk 'mberi' meskipun antara kita amat berat sekali utk 'berbakti'. Kita sering memikirkan akan hal sperti makan minum dan pakai anak isteri/suami, hingga bkerja seolah seperti esok pasti tiba lagi. Ada yg myakini akan janji rezeki itu pasti dtg, sperti y telah 'dijanji', lantas bekerja dan 'berbakti' seolah2 esok juga akan mati. DIA tidak peduli samada ciptaanNYA itu mahu sujud berbakti atau lupa diri kerna sifatNYA Yg Maha Suci dan Kekal Abadi tidak memerlukan pengharapan atas sujud para ciptaanNYA - lantas amat jelas akan perihal DIA sbg arRabbi..

Kebahagiaan, meski kadang di ukur dgn nilai keadaan ekonomi, kadangkala tidak dpt ternilai akan nikmat ia sbg rezeki dan rahmat Illahi.Nikmat sbg rahmat yg kadang sukar antara kita perolehi kerna ada saja perkara lain yg kita dahulukan selain dari m'ingati akan peripenting hubungan kita dgn pencipta. Memang sukar utk dijelaskan, namun aku sedar, perkara ini kadangkal tak terjangkau dek akal kita utk ditafsir dan dinilai... ! (ajen)

Category : edit post

0 Response to "Fikir dan mati!"

Catat Ulasan