m'akhiri 2009 & 1430H

Kongsi rasa oleh semekasrian On 12:03 PG 0 comments











gambar si pencuri enjin jet pejuang kita yg hilang tu! hehe











Di kenduri majlis kahwen Fadhil & Intan



aku (kami) sedang mgumpul kekuatan dan perancangan secara detail utk projek pertama tahun 1431H/2010 utk bekas plajar +guru 98 iaitu "mkn mlm & mini seminar kerjaya"..nampaknya perancangan yg bmula dri june 09 masih blum dpt dperincikan dan masih belum dpt dgerakkan lgkah pertama (pbincangan dgn pihak skolah). mgkin dek kerna sibuk dgn hal peribadi masing2, dsb, maka usaha ini t'tunda dri bulan ke bulan..insyaAllah, jika mdapat RedhaNYA, akn jadi juga event ini. Sama2 lah mdoakannya...
(ajen)

Category : edit post

Skadar kisah..20hb - 26hb Nov '09

Kongsi rasa oleh semekasrian On 3:23 PTG 0 comments

20 Nov 09 baru ni anak aku Hadif genap umur setahun. Dlm 2-3 ari tu dia bru blajar bjalan. Kadang2 3-4 langkah, kdg2 9-10 lgkh. Dia makin rajin dlm usaha utk b'jalan. Malah, skrg ni dia smakin petah cakap bahasa yg aku tak pasti. Aku rsa dia mgkin sudah pndai b'bahasa Sepanyol atau Perancis memandangkan aku tak sepatah haram pun benda yg dia ckp kan tu. haha.


Gambar ini dia naik kereta (ke motor) hadiah dri atuknya yg singgah tido umah kami 19hb sblm tu ketika dlm pjalanan ke Johor.. Masa ni kami skluarga (aku, isteri, hadif) tkena jangkitan sakit mata. (merah dan cepat btahi mata). Satu petua yg baru aku blajar ialah dgn mnitikkan air susu ibu nya ke dlm mata. Jelas, dia cepat sembuh b'banding kami mama dan ayahnya. :-)


24 Nov, skali lagi aku dan biz-partner naik ke parlimen utk myediakan mkn tgahari (sup lutut kambing dan french bread)..kali ni kami bkn skadar mhantar atas pesanan salah sorg ahli Parlimen, tetapi kami ambil kesempatan utk belanja mereka..Alaa skali-skala blanja ahli parlimen apa salahnya.
Sampai je tgkat 14 kul 1230 tu, kmi jmpa Tn Guru Abd Hadi, dan partner aku sempat btegur sapa dan m'minta izin bgambar sbg kenangan.. :-)


25 Nov aku ke tmpt customer dgn mbawa sbuku kek. Suka diorg2 tu, maklumlah benda free. hehe. Bulan Nov ada beberapa org yg sambut, tmasuk aku dan hadif. Jadi, diorg ajak sambut sama. Sempatlah naik ke lab diorg jap dan bgambar bsama..
Kbetulan pagi tu aku hantar mak mertua naik bas di Hentian Putra utk ke Tganu, tu lah sbab ank bini aku pn ada dlm gmbr ni. (diorg pn knal ank bni aku..he)


26 NOv dlm 345pm kmi bgerak blk ke Taiping. Lalu hiway, jalan tak je tapi kereta bnyak. Ada jga nmpak depan mata kereta eksiden bumper-to-bumper, dan ada jga lori tbakar. Ini gambar pmandangan di sekitar Ipoh, kalo tak silap aku di area simpang pulai..

Coretan ini hanyalah skadar kisah peribadi..lagipun aku tgok dh lama takda entry dlm blog ni. :-p

Category : edit post

Fikir dan mati!

Kongsi rasa oleh semekasrian On 11:40 PTG 0 comments

Aaapa lagi yg kerap difikirkan bgi insan2 seusia kita, selain persekitaran bkaitan politik, ekonomi, sosial, alam sekitar dan sebagainya. Hal2 kerja, tggjawab dlm bkeluarga, dan hal2 yg bkemungkinan berlaku di masa depan itu lah antara yg sentiasa kerap benar difikirkan..Agak berat bila sesekali bermuhasabah diri dan merenung kemampuan diri, kerna kadang2 yg difikirkan itu terasa seolah satu beban yg tidak pernah terjangka dek akal semasa usia muda.Dulu, enjoy sentiasa bagai perkara2 'yg berat' seakan pasti tidak akan berlaku atas kita, namun masa menentukan sgalanya dan peredaran usia bgi yg masih terlekat nyawa bersama jasadnya merasa sgala perit jerih, suka duka mengharungi alam dewasa. Mahu atau tidak, itu sedang blaku dan kemampuan akal dan minda mjadi pedoman tiap dari kita..

Lingkungan usia 28-29 tahun ini, rata2 sedang dlm tempoh memantapkan ekonomi sndiri. Dari yg pernah 'jatuh' di awal hari, hinggalah yg semakin mantap bdiri..Kurniaan Yg Maha Esa jelas mnunjukkan sifat Pemurah dan PenyayangNya yg tiada erti jemu utk 'mberi' meskipun antara kita amat berat sekali utk 'berbakti'. Kita sering memikirkan akan hal sperti makan minum dan pakai anak isteri/suami, hingga bkerja seolah seperti esok pasti tiba lagi. Ada yg myakini akan janji rezeki itu pasti dtg, sperti y telah 'dijanji', lantas bekerja dan 'berbakti' seolah2 esok juga akan mati. DIA tidak peduli samada ciptaanNYA itu mahu sujud berbakti atau lupa diri kerna sifatNYA Yg Maha Suci dan Kekal Abadi tidak memerlukan pengharapan atas sujud para ciptaanNYA - lantas amat jelas akan perihal DIA sbg arRabbi..

Kebahagiaan, meski kadang di ukur dgn nilai keadaan ekonomi, kadangkala tidak dpt ternilai akan nikmat ia sbg rezeki dan rahmat Illahi.Nikmat sbg rahmat yg kadang sukar antara kita perolehi kerna ada saja perkara lain yg kita dahulukan selain dari m'ingati akan peripenting hubungan kita dgn pencipta. Memang sukar utk dijelaskan, namun aku sedar, perkara ini kadangkal tak terjangkau dek akal kita utk ditafsir dan dinilai... ! (ajen)

Category : edit post

Beraya ke rumah JUHAIDA & MUAZATUL

Kongsi rasa oleh semekasrian On 10:51 PTG 1 comments

salam semua...pada hari sabtu 3.10 (rumah juhaida-dia wt open house n aqiqah anaknya) dan ahad 4.10 (rumah aza - saje je melawat dia sbb dia beria-ria ajak, xputus asa), saya sekeluarga pegi beraya umah mereka berdua. di kesempatan itu, sempatlah bersembang n bertanya khabar tp xsempat nak jumpa naziah ngn norlida. saya dtg, mereka dtg kemudian dan sebaliknya. menu umah juhaida mmg best spt nasi minyak, kambing masak kurma, rojak buah n laksa n etc. rumah aza xsempat sbb anak yg kecil merengek-rengek. tgk gmbar tu pun dh taukan? di sini saya lampirkan 2 pic.



ni rumah aza. mmg cantik umah dia. xsempat nk jumpa ju n lid mase ni sbb anak meragam. xsempat nk mkn ape yg aza masak. xde rzqi.



ni plak umah juhaida. kenal tak sape yg dok sebelah kanan saya? tu kak nonilah,senior kita. sebelah kiri tu aznidalah.

posted by: intan

Category : edit post

Kembara Raya '09

Kongsi rasa oleh semekasrian On 6:49 PG 1 comments

Kembara raya bekas pelajar smkasr 1998 masih berjalan walaupun sudah 11 tahun meninggalkan sekolah...cuma bilangan pelajar semakin berkurangan kerana ramai yang telah berkerja dan bermentua...walaupun asyik muka yang sama dan bertambahlah seorang dua..kembara kali tetap meriah dengan gurau senda, kutuk mengutuk dan sayang menyayang ( rujuk kepada pasangan yang akan berkahwin)...kembara bermula daripada rumah si Kicap ( Syed) kemudian ke Rumah Future Dr Adah...kemudian cadangnya nak singgah rumah Maziah ( isteri aku dah masak banyak...soto yang sedap) tetapi sebab Murad nak balik dah...kami terus pi rumah cikgu Hendon....kemudian Murad balik...Syed pun kena hantar makcik mentua ke Lumut maka destinasi terakhir Rumah Short ( Udin ) berkurangan sikit tetapi sangat meriah. Mee Mak udin buat memang class...Tahun depan insyallah kita bertemu lagi....mungkin lebih ramai dari ini..

Bergambar depan rumah cikgu Hendon..tiada dalam gambar (Murad dan isteri,Isteri Udin dan anak serta Udin ( cameraman )....cuba teka sipa kat pagar tu??

Aku pula sebagai cameraman


Kat rumah Cikgu...Udin gelak besar sebab tinggal bini kat rumah hehehe


ni Kat rumah Bakal Dr Adah......


Syukur Alhamdulillah......tokey puncak niaga punya kereta...bukan join hai-o atau cosway...tapi pembekal besar kawasan tengah...(U Ismail Kamus dah naik ke kereta ni ???)

Udin dgn Honda City baru nya...waaah bgaya ko ek Raya kali ni! hehe

Category : | Read More...... edit post

Selamat Hari Raya..

Kongsi rasa oleh semekasrian On 9:00 PG 0 comments

  • Ari ni kt kolej br boleh bukak blog nie. kalo x, nk bc apa yg kwn2 post mmg x boleh.dh kena blog. dek krn std dh start cuti, mood nk keje pun dh x brape nk ada (maklum la, nk raya) maka unit ict kolej bg la kami can ari ni.

  • Jd di kesempatan nie, ct nk ucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin. dalam pada berseronok nk menyambut raya ni terasa sedih je nk meninggalkan ramadhan ni. maklumlah bila usia dh makin byk ni br ternmpak nikmatnya bulan ramadhan..

  • So, raya ni ct blk selinsing, taiping dulu. jd jemput la kwn2 yg berada di area berdekatan dtg beraya.mak mertua ct sporting dia x kisah. hehe..nk dtg tu yg penting contact dulu ye. nie no. hp ct- 0125771433

  • Selamat beraya bersama keluarga tersayang. nie 1st time ct beraya dgn anak. cm exited lbh jer.hahaha. nk tlg kumpul duit raya anak...

Category : edit post

mnanti waktu b'buka..

Kongsi rasa oleh semekasrian On 5:48 PTG 0 comments

Bukit Besar, K.Tganu :
aku sebenarnya mnantikan saat2 7.12pm.. waktu masih awal dan dari tadi aku masih melayari internet diselang-seli dgn mjaga anak kecil ku yg b'usia 9 bulan. Payah jga mlayan karenahnya, ini belum kuar yg no.2..Apapun, tgjwb tetap harus dilaksanakan sbg seorg ayah.

sebut perihal 'ayah', aku masih tfikir2 akan status aku yg kini bgelar ayah. Pejam celik pejam celik usia kita rata2 dh skitar 27-28-29 (kecualia ku yg masih dilamun usia 22-23.he). Satu angka yg agak besar jika dibandingkan 10-15 tahun lalu. Tika itu kita baru belasan tahun dan mgkin masih tcari2 identiti diri dan halatuju hdup. Kini segala perkara yg tidak kita fikirkan satu masa dahulu (hal2 kekeluargaan), mula bmain dibenak fikiran kita - kita mula mcari kaedah tbaik mdidik anak dan mcari rezeki yg telah dijanjikanNYA.

Bagi aku, waktu2 begini adalah satu tempoh masa yg memerlukan kita banyak bsabar dan btenang dlm stiap dugaan hidup, kerna kala ini kita benar2 bhadapan dgn 'tekad mbuat kputusan', yakni kputusan yg mberi kesan besar dlm kehidupan kita sterusnya. Kputusan yg kita buat akan mberi kesan pada anak isteri/suami. Dlm usia bgini, perkara yg tidak lari dlm fikiran kita ialah mcari rezeki buat mkn pakai kluarga kita. Perkara spti kesihatan anak isteri yg tganggu juga bole m'meningkan kpala-risau akan org yg tsayang! -kadangkala bole tak selera mkn kita dibuatnya!

Itu hanya sdikit dari "perkara yg difikirkan". Dikemudian hari nnti, ntah apa pula yg mlintas difikiran kita....Hmmmm biar masa menentukan.. (ajen)

Category : edit post
Kongsi rasa oleh semekasrian On 9:13 PTG 3 comments



Tajuk di atas bukanlah saya ingin membuat rombongan ke cawangan HPA atau kilang-kilang HPA. Namun apa yang saya ingin terangkan di sini adalah kenapa anda harus berada dalam perniagaan, dan penggunaan produk HPA. Secara formalnya, perkara ini diterangkan di dalam Program Perkongsian Bijak Cemerlang HPA.

Kenapa di HPA? Apa yang anda dapat? Biasanya soalan yang ditanya, apa yang anda dapat jika bersama dengan HPA, dan apakah risikonya. Istimewanya HPA adalah jika anda terlibat dalam perniagaan ini, perniagaan anda menjadi satu ibadah kerana di sini adalah perjuangan ummah. Lihat sahaja kita telah lama dimomokkan dengan isu ekonomi bumiputera khususnya Melayu yang diibaratkan sebagai tiada taring. Jika anda menjadi pengguna dan pengamal produk, 10 sen yang anda belanjakan membangkitkan sejuta satu kekuatan perniagaan Islam.

Produk-produk di pasaran menjadi ancaman kepada umat islam dan telah ‘disuntik’dengan elemen-elemen merbahaya pada nyawa, dan tidak menghormati kesucian agama islam. Kita ni bukan semuanya tahu tentang kimia. Atas sebab itu lah kita sering diperdaya dengan penggunaan bahan kimia berbahaya dalam produk makanan,minuman, mahupun barangan penjagaan diri. Penggunaan logo ‘Halal’ JAKIM juga perleluasa penyalahgunaannya. Sana-sini tulis Halal namun hakikatnya ada sesetengah produk sekadar memaparkan logo terseut sebagai alat pelaris perniagaan sahaja. Lebih mengejutkan, ada yang menggunakan nama-nama islamik dan Melayu agar pengguna Islam percaya.SOALNYA,Bagaiamana kita ingin larikan diri jika tiada jalan?. Namun HPA telah membuat satu jalan pilihan kepada kita sekaligus membangunkan ekonomi dengan baik.

Berikut adalah sebab-sebab kenapa anda harus bersama dengan HPA:

1. Diancam Produk merbahaya
2. HPA menitik beratkan industri barangan dan produk halal
3. Pendapatan tanpa had
4. Dapat ilmu penjagaan kesihatan
5. HPA adalah MLM Syariah

POSTED BY : intan

Category : edit post

Pengumuman...

Kongsi rasa oleh semekasrian On 11:13 PG 1 comments

Aku baru sahaja tukar templet blog kita agar lebih teratur dan menarik...cuma kalau cantik tak dak orang nak post pun susah jugak...aku akan cuba tulis post dalam masa terdekat...apapun terima kasih atas post kawan-kawan terutama saudara IZI ( AJEN )....


Selamat Berpuasa..

Category : | Read More...... edit post

Kek Chocolate Moist

Kongsi rasa oleh semekasrian On 6:51 PTG 0 comments



(AJEN) sejak aku tahun dua di UMS, sampai raya tahun ini, aku pasti tidak akan miss buat kek ni.. maklumlah kek feveret..apa pun, selmat bkongsi resepi ini ya..hehe



RICH CHOCOLATE MOIST CAKE

6 oz butter (170.1gm)
14 oz gula castor
3 biji telur ayam

BAHAN2

1 sudu teh NESCAFE
1 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanila - boleh tukar vanila kepada lemon / orange
1 sudu teh chocolate EMULCO

BAHAN2 INI DI AYAK BERSAMA:

8 oz tepung HIGH PROTEIN
2 1/4 oz serbuk koko
1 sudu teh soda bicarbonate
1 1/2 sudu teh baking powder
7 oz air panas

CARA MEMBUATNYA:

GUNA MIXER FULL SPEED:

1. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan campuran NESCAFE dan esen

PERINGKAT SETERUSNYA INI, SILA GUNAKAN SPATULA
ATAU WHISKER - JGN GUNA MIXER LAGI (tu yg menyebabkan
kek berkawah sebab kek berat)

4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan
- KACAU PERLAHAN2 - SATU ARAH SAHAJA SAMPAI TEPUNG
HILANG DARI PANDANGAN..

5. Masukkan air panas sedikit2 sambil di gaul perlahan2
6. Bakar dalam loyang 9" persegi dengan suhu 170C selama 50-60 minit
ATAU kukus - tutup loyang dgn aluminium foil - guna api biasa.. selama 1 1/2 jam.
Dah sejuk boleh buat topping gunakan melt coklat & coklat rice

Selamat mencuba

Category : edit post

ESOK PUASA...

Kongsi rasa oleh semekasrian On 11:08 PTG 1 comments

SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAH BUAT SEMUA. SEMOGA PUASA TAHUN INI ADALAH PUASA YANG TERBAIK BERBANDING TAHUN-TAHUN YANG LALU. SAMA-SAMALAH KITA USAHAKAN.

ESOK PUASA!

Bulan Ramadhan adalah bulan paling istimewa antara 12 bulan dalam kalendar Islam. Keistimewaan bulan ini bukanlah kerana hikayat sejarah tertentu, tetapi kerana Ramadhan adalah pakej lengkap untuk membangunkan seluruh potensi manusia; fizikal, spiritual, intelek dan emosi dan modul teras di dalam Ramadhan adalah PUASA. Para ilmuan Islam meletakkan berpuluh-puluh nama dan gelaran untuk bulan yang mulia ini untuk menunjukkan betapa saratnya Bulan ini dengan keistimewaan daripada Allah SWT.

Salah satu sunnah yang sewajarnya kita hidupkan sebelum melangkah ke gerbang Ramadhan adalah dengan menyebarkan ucapan tahniah dan menzahirkan kegembiraan atas kunjungan bulan yang agung dan barakah ini. Ramadhan adalah tanda kasih sayang Allah kepada umat Muhammad yang tidak pernah dianugerahkan kepada mana-mana umat yang terdahulu. Antara ucapan yang biasanya diucapkan oleh para Salaf adalah ucapan “Ramadhan Kareem” yang bermaksud “Selamat menyambut Ramadhan yang mulia”.

Antara kelebihan yang terdapat pada bulan ini yang sewajarnya kita hayati dan meraihnya adalah seperti berikut:

1. Difardhukan Puasa dan ibadah-ibadah khusus yang lain;

Puasa adalah ibadah teras dalam bulan Ramadhan. Puasa bukan sekadar ujian fizikal semata-mata daripada menahan lapar dan dahaga, tetapi puasa juga adalah ibadah yang memantapkan spiritual dan kerohanian seorang hamba kepada Penciptanya. Bahkan puasa mengandungi pelbagai khasiat dari sudut perubatan yang telah diperakui oleh pakar-pakar sains kesihatan. Bahkan Allah merahsiakan betapa besarnya ganjaran orang yang berpuasa sebagaimana yang tersebut di dalam hadith:

Setiap amalan anak Adam (manusia), diberikan ganjaran antara 10 hingga 700 kali ganda kecuali puasa. Sesungguhnya puasa adalah untukKU dan Akulah yang akan mengganjarinya” (riwayat Muslim).

Selain puasa, kita juga dianugerahi dengan amalan dan ibadah yang hanya dikhususkan dalam Ramadhan iaitu SOLAT SUNAT TARAWIH dan ZAKAT FITRAH.

2. Dibukakan pintu rahmat dan tertutup pintu-pintu kehinaan;

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila datangnya Ramadhan, dibukakan pintu-pintu Syurga, ditutup pintu-pintu Neraka dan dibelenggu Syaitan-syaitan” (riwayat Bukhari dan Muslim)

Daripada hadith ini bahkan daripada berpuluh hadith-hadith yang lain jelas menunjukkan betapa Ramadhan adalah bulan yang kondusif untuk melipatgandakan ibadah kepada Allah. Memang sekiranya diamati, kita dapat merasakan kelainan dalam melakukan ibadah dalam bulan yang istismewa ini.

3. Diturunkan Al Quran sebagai manual hidup manusia;

Wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW adalah pada 17 Ramadhan. Firman Allah: “Pada bulan Ramadhan diturunkan Al Quran sebagai petunjuk, dan keterangan daripada petunjuk serta pemisah (antara benar dan salah)” (Surah al Baqarah: 2: 185).

Al Quran adalah rujukan kepada hamba Allah yang beriman. Kandungan Al Quran sentiasa mendahului zamannya dan meliputi segenap aspek kehidupan manusia. Malah, sebagaimana yang telah terbukti dalam banyak hal, kandungan Al Quran lebih saintifik dan rasional daripada teori-teori ciptaan manusia. Al Quran mengandungi hukum-hakam, sejarah umat terdahulu dan nilai-nilai hidup sebagai pedoman kepada manusia. Orang yang membaca dan memahami Al Quran sentiasa mendapat ketenangan dan inspirasi yang tidak putus-putus dalam hidupnya.

4. Laylatul Qadar (Malam Keutamaan/Kemuliaan) yang lebih baik dari seribu bulan

Firman Allah: “Laylatul Qadr adalah lebih baik daripada seribu bulan” (Surah al Qadr: 97: 3). Laylatul Qadr adalah salah satu malam dalam bulan Ramadhan. Tiada siapa yang mengetahui malam manakah berlakunya laylatul Qadr. Walaubagaimanapun Rasulullah SAW memberikan penekanan untuk memburu laylalatul Qadr pada sepuluh malam yang terakhir Ramadhan khususnya pada malam-malam angka ganjil. Hikmahnya, supaya manusia berlumba-lumba dan berusaha untuk mengerjakan ibadah untuk mendapat ganjaran seolah-olah beribadah selama seribu bulan ataupun 83 tahun lebih.

Akhirnya, marilah sama-sama kita merenung sebuah hadith Rasulullah SAW:

Barang siapa yang dikurniakan Ramadhan sedangkan dosanya tetap tidak diampunkan, Sesungguhnya ia semakin jauh daripada rahmat Allah” (riwayat Ibn Hibban- Sahih)

Selamat Berpuasa dan Beribadah. Ramadhan Kareem J

Category : | Read More...... edit post

Apa Mahu Kita ?

Kongsi rasa oleh semekasrian On 7:59 PTG 1 comments

Aku cuba mgambil sdikit msa mcoret perkara yg tlintas di fikiran, rentetan dari apa yg berlaku di persekitaran.


Bila difikirkan usia yg smakin mningkat,pebagai pekara 'org dewasa' bmain difikiran aku, dari hal kerja, hal kehidupan bsosial, matlamat hidup dan pelbagai lagi. Sesekali t'lintas psoalan ~ "apa yg aku mahu dlm hidup ini?"

Soalan subjektif maka pelbagai jawapan subjektif diberi. Paling tidak, aku mjawab dri perspektif diri sendiri.

Secara kasar, jwpan2 sperti 'nk hidup senang', 'nk hidup bahagia dgn keluarga', 'nk perbaiki ekonomi hidup' adalah antara yg spontan dijawab kebanyakan kita. Maka timbul pula soalan, "bagaimana utk mdapat semua itu?"...jawapan nya mudah "kena lah b'usaha keras" (jawab mudah lah tapi nk buat berapa kerat je yg mampu)

Ada org nasibnya tidak semudah org lain. Pelbagai cabaran dan dugaan diusia muda nya terpaksa dilalui sblm
dia mgecapi 'hasil' dri apa yg diusahakannya itu. Ada org, mendapat ptolongan Yg Berkuasa dan dimudahkan laluannya utk hidup senang dan ada juga org yg mgambil jalan mudah dgn mlakukan perkara2 yg tidak dihalalkan oleh syarak bgi mcapai kejayaannya itu! Ada yg berkata "ini dh darurat, kalo x rasuah aku xdpt la projek tu.." Ahhh mudahnya mjawab, dimana maruah dan akidah kita? (dan kluar pula suara - alaa ajen ko tu belum di uji smpai situ. Kena kat ko nnti baru ko tau susahnya nk elak rasuah ni)..

Bagi aku mudah. Dari awal alam pkerjaan aku mula menanam rsa benci perkara2 tsebut. Pernah juga tlanjur dan pernah jga 'tsalah lgkah' namun bila diajar dan difahamkan akan selok belok urusan perniagaan dan alam kerja, maka aku cuba utk lebih bhati2 dan berusaha sedaya mgkin menolak segala kerja yg tidak berkat itu. Org kata susah nk tolak, aku kata "Ah tolak ja lah. Lebih baik mati x makan dari dpt projek yg 'dilapik' rasuah!" Bnyi mcm keras, ada org kata 'iyye lah ko ni konon2 baik ar tu', lantas aku mjawab ' memang aku baik! Rasuah perosak keluarga dan msyrakat!".... Nah, apa lgi kata mereka..Ala, biarlah mereka nk kata apa, mulut org smpai bila akan bsuara. Jgn kata org bniaga, yg guru Besar pun nk habuannya. Yg pegawai biasa pun nk juga, nk pengurus pn nk juga, yg btambah jijik, kerani pun nak juuuuuuga! Rosak kita kerna rasuah bleluasa..

Kita hidup di dunia adalah kerana Dia. Bila susah baru nk cari Dia? Ah baik x payah. Sombongnya kita kerna lupa padaNya dan memohon kala ditimpa bncana. Hati cuba mcari yg redhaNya, namun ia tidak semudah yg dijangka..Rakan2 tak semuanya yg berada dilandasan sebenar. Abis, x kan aku juga nk mgikut mereka dgn 'cara' meraka? Ah tidaaak..aku bkn yg jenis suka2 mgikut org. Aku cuba belajar, aku cuba faham dan aku sendiri cuba mcari sinarNya..

Usia makin mningkat. Nak bejaya, nk hidup bahagia, memang kena ada berkatNYA. Ada org kata 'x semayang pun x pa, yg penting kita ingat Allah slalu dan percaya pada ajaran Islam'..aku kata "ah suka ko ja cakap camtu. Itu kira ko x percaya lah! Cakap Islam tpi hidup ikut cara Yahudi Nasoro.." Org melihat kulit aku yg penuh bekas2 luka, dan bagi aku sendiri melihat perlunya 'ubat' bgi memadam segala luka2 yg pernah aku cipta!

Bicara soal hati dan kemahuan, ke mana kita 5 tahun akan datang? Renung2kan. ....Aku yakin ajal akn tiba bila2 masa saja, dan aku jga yakin, pintu taubat sntiasa tbuka. Bagi aku yg daif ilmu agama, cukup skadar myokong pjuangan Islam, mhalalkan gerakan2 kearah syariat Islam, menidak selemah2 dgn hati akan kmungkaran, dan terus menanam dlm hati utk terus mcari sinar dan redha Nya.

Wallahu a'lam..

-ajen-

Category : edit post

Insaflah sebelum terlewat

Kongsi rasa oleh semekasrian On 1:26 PTG 1 comments

Pergi Tak Kembali

Album :
Munsyid : Rabbani
http://liriknasyid.com


 

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi


 


 

Hari ini seorang artis yang berdakwah melalui hiburan Ustaz Asri Rabbani "pergi tak kembali"….alfatihah buat arwah

Bagi kita yang masih hidup marilah kita bermuhasabah diri kita dengan cerminan Al-Quran dan Assunnah agar kita bersedia…..

Ya Allah…biarlah penamat bagi kami penamat yang engkau redhai…………….

Category : edit post

Salam Ukhuwah

Kongsi rasa oleh semekasrian On 9:29 PTG 2 comments

Salam buat sahabat semua..kadang2 difikirkan masih adakah yang mengingati..masih adakah yang mengenali..namun demi sebuah ukhuwah yang pernah terjalin dulu, semua ini perlu dimeterai.. memang tidak banyak yang menarik sementelah pula, hubungan aku dengan ex-semekasrian terputus selepas spm 1998..al maklumlah diriku bukan ditempatkan bersama2 sahabat yang berjuang di bumi UIA yang sememangnya menjadi idaman.. sejak itu, kuakui aku sendiri yang menjauhkan diri.. (eh touching x)... anyway thanx a lot buat kawan-kawan yang sedia arif dengan dunia IT ni n macam2 dah kalian buat..especially to Nurin (sahabat yang paling dekat ngn umah mak aku) n fazlina yang menjemput aku meneruskan talian persahabatan ini..

Kini aku akan terus berjuang dalam dunia pendidikan yang telah lama kuidam-idamkan..dan hidupku terus diwarnai dengan anak-anak khas dan istimewa... InsyaAllah aku sendiri dalam proses membina blog dan andai ada yang sudi mewarnainya silakanlah ke mutiarakhas@blogspot.com

Category : edit post

Nostalgia

Kongsi rasa oleh semekasrian On 6:06 PTG 1 comments

Terkenang sebuah memori lalu
Kisah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman
Mengingatkanku pengorbananmu
Terpahat padu di kalbuku

Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwah sejati

Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkanku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan

Ya Tuhanku tabahkan hatinya
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat

Album : Amal Kerana Allah
Munsyid : Shoutul Amal

Manisnya sebuah kenangan, indahnya sebuah persahabatan..

Category : | Read More...... edit post

1 ogos 2009

Kongsi rasa oleh semekasrian On 6:09 PTG 1 comments


Atas nama perjuangan...perjalanan dari Pulau Pinang untuk bersama meluah rasa kecewa dengan satu undang-undang yang zalim..Ramai kata perhimpunan ini adalah perhimpunan haram...sudah pasti haram sebab yang halal adalah perhimpunan konsert-konsert memuja artis....sudah pasti haram kerana tiada cop halal.

Ada kata menyusahkan awam...ye memang menyusahkan awam...sebab yang menyusahkan adalah layanan yang polis berikan...andai seperti PPSMI dahulu sudah pasti tidak begini....kami datang bukan untuk bertempur tapi untuk menyatakan rasa sahaja...tapi Polis datang umpama ingin bertempur dengan sekumpulan pengganas.

Aku dan Ajen di Masjid Negara sebelum kami berpisah di SOGO kerana diberi layanan istimewa oleh Polis Raja di Malaysia....terima kasih polis...terima kasih FRU kerana melayan kami yang tidak bersenjata dengan air dan gas. Moga kalian berani juga untuk membenteras merompak dan penjenayah di Malaysia ini.

Category : | Read More...... edit post

Small gath @ Batu caves

Kongsi rasa oleh semekasrian On 8:33 PTG 2 comments




Tarikh 1 Ogos 2009 menjadi saksi small gath kali ini bertempat di Restoran Selera Idaman (Milik Bekas penyayi Sheqal yg dah menjadi kroni kepada Ajen)

gath kali ni asalnya di rancang di Kg. Baru,tetapi memandangkan keadaan 'tidak menentu" di KL pada 1 Ogos lalu (padahal xde ape pun..demo siang aje malam roadblock semua dah xde...), gath ni di "terpaksa" di alihkan ke batu caves ~berdekatan dgn rumah Ajen...huhu

Gath malam ni takde sebarang agenda rasmi cuma sembang-sembang biasa, berjumpa Redzuan Moin yang menyepi diri selama ini sambil memperkenalkan isteri, mendengar cerita Shimi yang baru balik dari Sabah, soalan2 kesihatan untuk Dr hashimi menjawab daripada "kawan-kawan" (padahal tanya utk diri sendiri..cuma kata 'kawan aku tanya..'), mendengar cerita Ajen yang melalut (huhuhu)..

Berikut adalah senarai penuh kehadiran (untuk di rekod oleh cikgu disiplin)

Ajen+Wife+hadif
Redzuan+ Wani
Dr.Hashimi+Dr. Firdaus+Iman
Salmi+Mimi
Amalia (kira dtg jugak la wpun terpaksa balik awal coz keluar rumah tak mintak izin abangnye....)
Khairul Zaki lone ranger (walaupun org terakhir dtg kul 10.10mlm .. komitmen anda amt2 di hargai)

*Mahfuz - tak dapat hadir last minit coz terpaksa balik awal ke Penang
* Udin - lambat nk dtg, yg lain nk blk dh time tu (jam dah 10 lebih)

(apsal semua budak2 kelas Jabir ni...adakah ini gath tuk Kelas Jabir..huhuhu)


Ada jugak di cadangkan tuk adakan "IFTAR" sempena Ramadhan Al-mubarak nanti...(ada cadangan boleh kemukakan)

walaupun kehadiran kecil, alhamdulilah menjadi kesinambungan kepada Aktiviti Pasca TBR09 hendaknye

Wassalam..

Category : | Read More...... edit post

Digi Customer Experience on MNP to Celcom

Kongsi rasa oleh semekasrian On 6:33 PTG 4 comments

All,

Good experience on MNP from Digi Customer to Celcom to be shared.....


My MNP experience with Celcom
(By Danielliew.com)
May 3, 2009

When we mention the word ‘experience’ what automatically comes to our mind is “Is it a good one or a bad one?”

Yesterday morning I rang up Celcom careline just to check out what are the documents needed to perform the Mobile Number Portability. The operator told me the only thing I had to do is bring along my MyKad and nothing else, not even money.

You probably know that I’m a big supporter of DiGi, that was back then. Now my bills are like more than 80 bucks per month since I started working in KL. I have to call my parents in Kuching, sister in KK and another one who is in Adelaide as well as my friends who are so scattered around.

I need a plan that can catter to my needs. Being the black sheep of the family, I never wanted Maxis because they are charging overly priced rates. No matter how hard my parents had persuaded me to stay as their supplementary line I resisted because it is not value for money.

The question now is or ?

The CE50 plan offered by Celcom turns out to be an eye catching one. Paying a commitment fee of RM50 per month, it is similar to DG50 offered by DiGi. The call and SMS rate are 15sen and 12sen respectively, which are some cents pricier than DiGi’s 13sen call and 10sen SMS.

The thing is when I look at the big picture, Celcom gives me discount! If I use more (above RM60) I get discount, as such my monthly bill will be lower. Even if I use less (below RM50) I pay what has to be paid – the commitment fee.

Having this in mind, I decided a change will be a good one. It took Celcom slightly more than 24hours to perform the procedure. Mine was a smooth one, they must have seen my clean record – always paying my bills on time.

This morning while the Most Reverand Archbishop of Kuala Lumpur Murphy Pakiam presided Mass at Good Shepherd Church, my blue tube beeped. Oops, distraction during Mass. Let’s go back to the topic. The several messages I received are listed below:

10:00 03/05/09
From DiGi
Your request to transfer out from DiGi is currently in process by your new service provider. For further assistance, please call your new service provider.

10:00 03/05/09
From Celcom
Dear customer, your Celcom port request has been accepted & activation is in progress. Please wait for SMS confirmation to tchange SIM card within 24 hours. TQ.

10:05 03/05/09
From Celcom
Congratulations! Your Celcom service has been activated. Pls insert your Celcom SIM card now to start enjoying the Fastest Network, Widest Coverage & Best Rates.

10:54 03/05/09
From Celcom
You have made the right choice! Welcome to the undisputed widest, fastest, clearest & best Network of Celcom.

10:55 03/05/09
From DiGi
Your request to transfer out from DiGi was successful. We thank you for being a DiGi customer and hope that we can serve you again in the near future.

YEAH! SUCCESSFUL! Now I have 3G and video calls.

Blame it on the drop calls. That’s another reason why I ported out from DiGi. To the yellow guys out there, make sure your connection is always stable and the customers have their right to enjoy uninterrupted quality calls.

Suami dan Bakal Suami

Kongsi rasa oleh semekasrian On 10:29 PG 1 comments

Buat Suami Dan Bakal Menjadi Suami

Pernikahan ataupun perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setakwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah .......


 

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya...


 

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh.....


 

AMNSM

Category : edit post

exsmkasr98 @ TBR

Kongsi rasa oleh semekasrian On 2:02 PTG 1 comments

Sebenarnya tak tau nak tulis ape. Saje nak test post kat blog ni.. So, bawah ni ade link video kat TBR2009 hari tu..

http://www.youtube.com/watch?v=1n-1Yx9gtSg
http://www.youtube.com/watch?v=C6BEXg4wk3c
http://www.youtube.com/watch?v=Ar9AFOq3_tc
http://www.youtube.com/watch?v=JTOaE07G5gk
http://www.youtube.com/watch?v=i2LdcwPNTTo
http://www.youtube.com/watch?v=dP0q6UK-wuQ

Category : edit post

Biar anak celik Al-Quran wpun xsecerdik mana...

Kongsi rasa oleh semekasrian On 6:13 PTG 3 comments

Assalamualaikum...
tajuk di atas ditulis begitu sebab memang betul pun....sesiapa yang xsetuju bleh cantas balik., tp biar saya cerita. Satu hari saya masuk kelas thn 3, nak mengajar Al-Quran secara talaqqi wa musyafahah. Mgkin hari tu mood memang xseberapa elok, budak yang xleh baca wpun baris satu di atas, saya mengamuk sakn tp xdelah tukar hijau muka ni...adelah dlm 4 org budak ni dahlah 'cerdik',cukup dgn sikap malas,kena marah pun muka toye jer, bleh senyum2 pulak tu, geram geram. Dari awal thn sampai sekarang buku iqra' tu xberubah muka surat...dgn siap ponteng lg kelas tasmi'.
Selidik punya selidik LATAR BELAKANG FAMILY xseberapa. Sibuk dgn berniaga, suami kawin lain, isteri cari laki lain, anak terbiar...
Jadi, bg yg dah ada anak, sesibuk mana pun kita biarlah jarak waktu maghrib n isyak tu, ajarlah anak mengaji, bg tazkirah n masa tu cuba bermunaqoshah antara suami isteri n anak2. Ada seorang ustazah prnh brkata "WPUN ANAK KITA XCERDIK AKADEMIK TP TLG JGN TINGGALKAN AL QURAN, ASUH DIA SUPAYA CERDIK MEMBACA AL QURAN KERANA JIKA KAMU MENOLONG AGAMA ALLAH, ALLAH AKN TLG KAMU". tp ibubapa mcm kita mgkin anak2 cerdik dr semua segi sbb kita pun mcm tuu gakkan? InsyaAllah.
Maaflah, bab mengrang ni intan mmg failed...janji msg ni smpi,sbb nilah permintaan sy sbg ustazah, tlg jg n didik ank supaya mencintai dan menjaga agamaNya.

Category : | Read More...... edit post

Akhirnye berjayer!!!!

Kongsi rasa oleh semekasrian On 6:09 PTG 1 comments

td ym jap ngn ajen....intn try...jd tak..

Category : edit post

cuti2 ke terengganu

Kongsi rasa oleh semekasrian On 7:16 PTG 0 comments

Makan otak2 dan satar..(bapa aku Ahmad Shatar laa, lain!)Sedap giler, isi ikan byk, tepung kurang.. Biasanya layan kt K.Kemaman


Kenduri kahwen Yahya, di Mengabang Telipok (area2 Kusza, Kustem)


Al Hijrah Oasis.. layan Nasi Hainan Kambing Sos Lada Hitam...Perrgghhhh memang sedap!! (blk Tganu mesti nk dtg kedai ni!)


Layan Nasi Dagang antara yg tersedap di K.Tganu! Gerai Kak Pah no.30 di Pantai Batu Buruk..ikan dia memang fresh!


Mlm Senin gi umah Takur, mlawat baby boy dia yg b'usia sbulan...(gmbar sebelah ni memang xde kena mgena dgn Takur..he)



Jumpa Duan di Kuantan..ni gambar keta dia.. (bukan yg warna merah tu lah! Itu Ferari! Haha)

Category : edit post

Aku Tumpang Gembira

Kongsi rasa oleh semekasrian On 1:03 PG 3 comments

Petang tadi aku ke MRSM Balik Pulau untuk Sessi ceramah motivasi dan promosi Kolej aku , sampai kat dewan tu aku terpandang ini




Pelajar Terbaik keseluruhan 1998 : Umi Mohlisi Mohd Asmawi


Rupa Dr Umi disini merupakan pelajar cemerlang, aku pun memulakan ceramah aku dengan kenangan kita di SMKA sebagai motivasi kepada mereka.


Dua minggu lepas,waktu aku menyemak borang perjanjian pelajar,aku terbaca satu nama…Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Tanah dan Galian (PTD)- Muazzatul Adawiyah Mohamad dan aku terbaca nama Nor Wahidah Abu Seman di hujung surat zakat negeri Perak…..

Alhamdullillah….kejayaan kalian kejayaan batch kita

Category : edit post

Semoga diberkatiNYA...

Kongsi rasa oleh semekasrian On 4:36 PTG 7 comments


Perasmian Pejabat (Puncak Minda Services Sdn Bhd)

Alhamdulillah.. Meskipun perniagaan sendiri aku ni baru berusia 7 bulan, namun perkara2 genting diawal permulaan syarikat dapat dilalui sedaya mungkin, dengan izin Allah. Walaupun terdapat beberapa kesukaran, namun bagi aku hidup ini mesti diteruskan dan halangan2 dan cubaan diperingkat awal ini antara penentu pemberi atau penjatuh semangat bagi aku. Partner pun ok, x banyak karenah yg ditimbulkan. Dan sentiasa dlm kepala otak aku, setiap manusia tidak selalu mempunyai pandangan dan idea yg sama ~ ada masa kita kena bhadapan perselisihan pendapat! (masa ini lah kita diuji bgmna hendak menghadapinya)

6 Julai baru ni kami adakan sedikit mjlis bacaan doa/perasmian pejabat. Doa moga2 perniagaan kami berjaya, sentiasa dlm rahmat Allah, dipermudahkan segala urusan, dihindari dari fitnah manusia, dimurahkan dan diberkati rezeki2NYA. Bertempat di Hadramawt Restaurant Jln Bukit Bintang, majlis yg bermula jam 10 mlm dimulakan dgn terus mhadap nasi kambing dan menu2 ‘sealiran’ (makanan arab). Dlm keadaan masing2 dah lapar, maka konsep ‘lupakan dulu kawan2’ telah merasuk dlm diri masing2 (kroni2 adalah dlm 12 org time tu). VIP yg dijemput ‘diabaikan’ --- sapa suruh dtg lewat! :-) Maka acara bacaan doa dilewatkan sehingga jam 12 tgh mlm. Kala itu (1130 mlm), hampir separuh dari kroni2 yg hadir telah ‘meminta diri’ disebabkan keesokkan kerja dan ada yg tidak sihat.
Setelah kehadiran VIP dijemput tiba jam 12 lebih, beliau terus saja mhadap makanan sambil berborak2 pelbagai isu dan perkara. Dlm keadaan berseloroh dan bsantai, mlm itu dirasakan berlalu begitu pantas. Sekitar jam 1 lebih, pekerja restoren mberi isyarat kedai mahu dtutup dan barulah acara yg ditunggu bermula ~ bacaan doa oleh Dato’ dan diaminkan oleh semua kroni2 yg masih ada tika itu. Majlis selesai dan sessi mengambil gambar menutup tirai mlm tersebut. Terima kasih banyak2 buat semua yg hadir t’utama Dato’ Ismail Kamus yg sudi meluangkan masa lewat mlm bsama kami.. Moga majlis yg diadakan diberkatiNya dan doa2 kami dimakbulkanNya. Amin! (ajen)




Category : edit post

mansuh PPSMI:fahami masalah anak2 luar bandar

Kongsi rasa oleh semekasrian On 9:33 PG 4 comments

sejak smlm berita dan newspaper cerita pasal pemansuhan PPSMI...pg td otw nak g ofis, dgrla Hotfm...ada cikgu math n sains yg ngajar di luar bndr bg opinion...depa sokong pemansuhan PPSMI...emmm...bila diingat balik....memang susah nak belajar math n sains dlm BI...tambah lg budk2 sklh rendah...dulu2 pun,wlupun bljr sains n math dlm BM, tetap x faham...yela aku ni org kg, duk terceruk kat selama tu...bila tanya kat mak n abah, soalan tmbh n tolak bolehla jwb...klu bab lain lgla susah....nsb baik mak hntr g tuisyen, so survivela...
bila msk smka,math jd smkn susah bg aku...subjek lain ok lagila...hasilnya aku dpt B utk sains n math ms PMR, nak msk MRSM, jauh panggang dr api la...sampai SPM aku still lemah dlm math n sains...tu seklh kat slim river,dah dekat ngan KL tu...

teringat masa kes bdk2 4 rusyd kena marah ngan cikgu puzi sbb asyik fail add math..akhirnya kena tkr amik arab komunikasi...x dpt imagine la camne pulak klu nak bljr add math dlm BI...yg dlm BM pun sengsara....sblm SPM, aku buat lathn math tiap2 hr...hasilnya...bolehla hidup...

nnt bila anak aku dah start baca,aku akan ajar BI kat dia...tanggungjawab sbg parents n jd cnth utk ank2...lega juga math n sains dah dlm BM balik..klu x aku pun kena msk kelas math n sains dlm BI gak...yela dah maknya x pandai math n sains...

zima, putrajaya...

Category : edit post

hakikat sebuah persahabtan

Kongsi rasa oleh semekasrian On 12:39 PG 3 comments

disebabkan mlm ni, mata ni terasa mengantuk tuk menelaah (ujan pun ye), jd aku terigt nak tulis kat cni

bile terkenang akan persahabatan ini, aku teringat akan arwah tok aku yg dah meningge thn 1999..bebrpa bln sblm result spm aku/kite kuar. semasa hayatnya, persahabatan arwah tok ngan sahabat2 semasa training perguruan di SITC tg malim, sentiasa utuh...


sentiasa mengirim kabar antara 1 sama lain... kunjung mengunjung. bile tb pula bln ramdhan, arwah tok akan beli card raya tuk dipos kpd sahabat2nya...kami cucu2nya termasuk aku sellau le gak baca kad raya tok.hehe...sehinggalah tiba hari kematian tok, ramai sahabat2 yg dtg, ada yg kena tolak ngan wheelchair pun sanggup dtg..dr jauh n dkt..

tp ada gak yg x sempat dihubungi utk memaklumkan akan 'sampainya hukum'.bile tb thn pertama raya setelah tok x de, masih ada kiriman kad raya dr shbt2nya yg x tau.pak sedara aku sbg anak sulung, mengambil tggjwb membls kad tersebut n memaklumkannya.ada yg sedih sgt x sempat nak jumpe wat kali terakhir dan ada yg dtg ke rumah pak sedara spya dpt ditunjukkan kubur arwah.sampai begitu sekali ukhuwwah yg terbina.

adakah kematian kite yg x pasti bile juga akan didoakan oleh shbt2 agar aman kuburnya??? dan adakah anak2 kite juga akan meneruskan persahabtan ini???

wat sahabat2 ku..maaf sbb x dpt bg sepenuh komitmen utk prog wat masa skrg..tp akan tetap menyokong kalian semua serta cuba memenuhi kehendak kalian (wei..aku rasa guilty lg x dpt join tbr)...ukhuwah fillah :)

*cik nurs@adah*

Category : edit post

50-10=10000000

Kongsi rasa oleh semekasrian On 2:11 PTG 0 comments

Tajuk hari ini aku pilih tajuk matematik , satu persamaan matematik yang unik.yang pasti kalau dalam matematik moden dan tambahan yang cikgu Puzi ajar pasti kita kena marah. Aku tulis persamaan ini berdasarkan ayat Al-Quran

Bandingan (derma) orang-orang Yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih Yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa Yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.Al-Baqarah 261

Andai hari ini kita mengeluarkan duit derma sebanyak RM10 daripada RM50 yang kita bawa, maka duit dalam tangan kita tinggal RM40…itu pandangan kita, kalau pandangan Allah duit yang kita infaq/derma itu akan di lipat gandakan sebanyak 7 kali ganda….

Janganlah kita memandang kepada jumlah tapi pandanglah kepada keberkatan wang tersebut….

Marilah menginfaqkan duit untuk melaksanakan aktiviti batch kita …….



Category : edit post

Makin Popular

Kongsi rasa oleh semekasrian On 9:02 PTG 2 comments

semalam waktu aku buka email...you have 61 new emails dalam folder smkasr98 aku...that mean suasana ukhwah kita makin panas....harapnya ia akan membuka ruang lebih luas lagi...aku yakin ukhwah yang kita bina dahulu akan utuh semula...orang kata aku ketot,pendek, bantut dan tak tinggi...ada aku kesah..tak terasa langsung sebab inilah ukhwah kita. Memang nampak kasar,namun itulah gelak ketawa kita...kenapa nak terasa? Tapi kalau orang selain kita kata kat aku macam tu...belum tentu hati aku akan terima dengan mudah.

Melia ada sebut waktu tbr...Mahfuz,kalau aku jadi ko lama dah aku quit group kita...
kalau macam tu..tentu choc akan keluar,aku keluar,ajen keluar dan ramai lagi akan keluar sebab cara melawak kita macam kasar tapi terselit ukhwah yang erat sebaliknya. Kenapa perlu merajuk??
aku percaya semua kita dah kenal hati budi semua...dan terasa atau merajuk tiada dalam kamus hidup kita.

Untuk Melia dan kawan2 lain jawapan aku mudah....
Sebab manisnya banyak,kalau ada pahit sikit-sikit sudah pasti manis tu akan menutupnya

Category : edit post

Pembukaan Dana Projek Batch Kita

Kongsi rasa oleh semekasrian On 7:46 PG 0 comments

Hari ini aku akan ke bank maybank untuk mengaktifkan maybank2u saudara Syed untuk dijadikan based bagi kutipan dana projek kita..aku akan kirimkan no akaun di secepat mungkin..sesiapa yang ada cadangan untuk membesarkan jumlah duit itu bolehlah memberikan cadangan disini melalui s/box kita.

MaHfUz

Category : edit post

Sup lutut kambing, utk tingkat 14 !

Kongsi rasa oleh semekasrian On 4:48 PTG 5 comments

Eh, ni kan Lebuhraya Mahameru nk ke Jln Kuching mnuju Selayang
umah aku... tapi ni view dari mana ?


Hah, Pejabat Pembangkang? Betul ke ni.....


Woi, ko buat ape Ajen kt Pejabat Ketua Pembangkang tu!?
Ni pejabat diorang kat Parlimen kan..!? Giler ah ko
(ajen : aku antar sup lutut kambing lah...hehe..)

Category : edit post

Mesyuarat di kala malam

Kongsi rasa oleh semekasrian On 11:22 PG 2 comments

Selepas sessi BBQ,kami diajak untuk mesyuarat tergempar untuk memakmurkan aktiviti batch kita...selepas aku menidurkan anak2 aku pilah ke bilik Lan"dark" untuk mesyuarat...ada semua 7 orang yang datang yang lain tidur dengan nyenyak terutama pengantin baru...dalam mesyuarat tu banyak yang dilontarkan dan keputusannya adalah seperti berikut

1. program Alumni 1998 bersama SMKASR akan diadakan pada bulan JAN 2010 - Saudara Fadhil diminta untuk berbincang dengan pihak sekolah
2. Kawasan angkat untuk keceriaan sekolah
3. Dinner bersama excikgu smkasr1998 dan tertinggi sekolah


detail benda-benda ni akan diberikan selepas mesyuarat pertama nanti...yang pasti kita memerlukan sedikit infaq...hari terakhir kia telah lancarkan tabung infaq untuk gerak kerja batch kita ...alhamdullillah dapat 378.thanks kawan2. sila update alamat anda untuk kami kirimkan surat nanti.

MaHfUz

Category : edit post

Catatan Hasrul...

Kongsi rasa oleh semekasrian On 2:04 PG 3 comments

Alhamdulillah... kita telah berjaya mengharungi 2 hari kita di teluk batik.....
segala yg kita rancang berjalan dengan lancar...syukur kita ke hadrat Ilahi
kerana kita dapat sama2 berkumpul kat sana....bermula dari perancangan
rapi AJK2 yg terlibat, akhirnya kita dapat menterjemahkan menjadi realiti....
byk halangan yg kita tempuh, namun berkat kesabaran, kita dapat gak
kumpul, enjoy2 n mandi kolam....


27 Jun 2009......
ramai kengkawan yg mula bertolak dari rumah masing2 tuk ke TBR....
paling awal cek in dr.gigi kita, zul...cek in jer terus bwk adam zikri terjun
pool.....siap anaknya pakai baju yg dipakai oleh micheal phelps...hehehe....
credit to ajen n landark sbbn gantung banner kita kat pintu masuk TBR....
senang kengkawan yg len nampak.....


dlm pkl 3.30 ptg, hampir sume dah smpi n cek in.....tggl murad,
arif n ami jer yg smpi lmbt sbb deme kroje n ade urusan len....
credit to u guys sbb dtg gak wpun smpi lmbt.....
pas asar, kami sume beramai-ramai ke pantai, p lepak2 n mana2
yg de anak2 tue, terjun laut le...pe lagi...mgkn kita dah muak
tgk pantai, tapi saat berkumpul ramai2 tu takkan kita lupe punyer.....
pas lepak kat pantai, kami p minum ramai2....najiha, anak mahfuz
merengek2 nak pelampung... .kerana kasih, mahfuz beli gak.....
siap blanje ayor kelapa lagi dgn syed.....hehehe.....
ajen n salmi siap beli suar lagi tuk mandi swimming pool...hehehe....


mlm tu plak, kami sume de BBQ....yg just join BBQ (nurin, padil,
intan, shimi, diana,) pun dtg....terima kasih kepada kalian sumer.....
mlm BBQ tu mmg kami sume berselera mkn...al-maklum ler kan....
biler dah kumpul ramai2 nie, byk le benda nak disembangkan....
pasal sek, pasal kerjaya n de gak yg bergosip2...hehehe... .

siap mlm BBQ tu kami de 1 seisi..yg 1 seisi yg kami create...seisi
ini kisah aku....di mana kami sume akan citer ttg diri masing2
lepas hbs SPM....mmg kelakar betul mlm tu....smpi kami tak
sedar yg program tu hbs pkl 1130 mlm....

28 Jun 2009....
kami sume breakfast ramai2...menu usah ckp le kan....dah nama
pun dok hotel...msg2 mkn smpi kenyang ler.....pas bfas, kami
de tele-match.. ...time tu mmg gempak hbs....mmg gamat time
tu...msg2 kembali menjadi form 1....hehehe. ..mcm2 perangai
ada...tapi korang sume mmg sporting hbs....n itu menjadi kan
event kita meraih n riuh-rendah. ....

pas hbs telematch, seisi pemberian cenderahati berupa frame
gambo kami sume kat lobi TBR...siap ada frame lagi...
thanx to suami naziah sbb jadi kameraman....
(ajen, duit jgn lupe byr ek....hehehe) ....pd kengkawan yg
pg ahad tu takde, kami dah pass kan kpd kengkawan yg
tggl dkt korang.....( murad-shimi, intan-ct hafiza, padil-landark,
nurin-aku tak ingat pass kat sape) gambo tu akan jadi kenangan
pd kita....so, simpan2 le ek...klu gantung lagi bagus.... :-)

pas kami cek out, kami p ke rumah shimi...sbb shimi belanja
mkn...menunya, hanya yg p jer tau...yg tak p...anda
sume mesti rasa menyesal...hehehe. ...thumbs up to shimi
sbb jamu kami sume....terima kasih dr.shimi....

Alhamdulillah. ..berakhir sudah pe yg kita rancang dari
thn lepas....nampak sume muka kengkawan hepi, enjoy...
smbl2 release tension.....InsyaAllah, panjang umur n
murah rezeki kita sume, kita akan berjumpa lagi......kepada
kengkawan yg hadir, kami mohon maaf andai ada kekurangan
atau terkasar bahasa...yg baik itu datang dari Allah SWT dan
buruk tu datang dari kami yg menganjurkan gathering 2009 nie....
klu nak komen pun boleh spy gath pasni akan jadi lebih tersusun....

Category : edit post

Teluk Batik Resort

Kongsi rasa oleh semekasrian On 12:41 PG 1 comments

rombongan meminang untuk landark...
dia kata nak kawin tahun gajah
kedua... Isteri Syed jadi ketua rombongan.
kita rehat dulu..(tengok gaya Hasrul)
Model yang tersingkir awal...
Syed frust hingga buang kasut
Perlumbaan membawa anak dalam kereta.....
Dr hashimi main tipu sebab anak bagi kat orang lain
bawa... Dr Nurul dan Siti Hafiza tertinggal jauh
di belakang

Category : edit post

Blog SMKASR

Kongsi rasa oleh semekasrian On 9:53 PG 1 comments

Inilah blog batch smkasr 94-98...

Tak kira siapa anda sekarang,seorang peguam yang petah berbicara,seorang doktor yang merawati pesakitnya,seorang penjual alat-alat makmal yang sentiasa berjaya,seorang guru yang mendidik anak bangsa,seorang jurutera yang hebat atau seorang "marketing" syarikat dan bank...kita sebenarnya datang dari satu tempat iaitu smka slim river....yang duk batch 94-98 samaada daftar 94 atau habis spm 98..


moderator

Category : edit post