(AJEN) sejak aku tahun dua di UMS, sampai raya tahun ini, aku pasti tidak akan miss buat kek ni.. maklumlah kek feveret..apa pun, selmat bkongsi resepi ini ya..hehe
6 oz butter (170.1gm)
14 oz gula castor
3 biji telur ayam
BAHAN2
1 sudu teh NESCAFE
1 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanila - boleh tukar vanila kepada lemon / orange
1 sudu teh chocolate EMULCO
BAHAN2 INI DI AYAK BERSAMA:
8 oz tepung HIGH PROTEIN
2 1/4 oz serbuk koko
1 sudu teh soda bicarbonate
1 1/2 sudu teh baking powder
7 oz air panas
CARA MEMBUATNYA:
GUNA MIXER FULL SPEED:
1. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan campuran NESCAFE dan esen
PERINGKAT SETERUSNYA INI, SILA GUNAKAN SPATULA
ATAU WHISKER - JGN GUNA MIXER LAGI (tu yg menyebabkan
kek berkawah sebab kek berat)
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan
- KACAU PERLAHAN2 - SATU ARAH SAHAJA SAMPAI TEPUNG
HILANG DARI PANDANGAN..
5. Masukkan air panas sedikit2 sambil di gaul perlahan2
6. Bakar dalam loyang 9" persegi dengan suhu 170C selama 50-60 minit
ATAU kukus - tutup loyang dgn aluminium foil - guna api biasa.. selama 1 1/2 jam.
Dah sejuk boleh buat topping gunakan melt coklat & coklat rice
Selamat mencuba
0 Response to "Kek Chocolate Moist"
Catat Ulasan