50-10=10000000

Kongsi rasa oleh semekasrian On 2:11 PTG

Tajuk hari ini aku pilih tajuk matematik , satu persamaan matematik yang unik.yang pasti kalau dalam matematik moden dan tambahan yang cikgu Puzi ajar pasti kita kena marah. Aku tulis persamaan ini berdasarkan ayat Al-Quran

Bandingan (derma) orang-orang Yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih Yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa Yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.Al-Baqarah 261

Andai hari ini kita mengeluarkan duit derma sebanyak RM10 daripada RM50 yang kita bawa, maka duit dalam tangan kita tinggal RM40…itu pandangan kita, kalau pandangan Allah duit yang kita infaq/derma itu akan di lipat gandakan sebanyak 7 kali ganda….

Janganlah kita memandang kepada jumlah tapi pandanglah kepada keberkatan wang tersebut….

Marilah menginfaqkan duit untuk melaksanakan aktiviti batch kita …….



Category : edit post

0 Response to "50-10=10000000"

Catat Ulasan